DISEMBER 2021

Peniaga Kota Sentosa Bakal Miliki Pusat Penjaja Baharu - Abg. Jo


PADAWAN, 8 Disember: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Openg hadiri Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pusat Penjaja Kota Sentosa di Padawan petang ini tadi.

Pembinaan pusat penjaja bagi kemudahan penduduk di Kota Sentosa ini nanti diharap mampu memberi kemudahan dan keselesaan khasnya kepada para penjaja di kawasan itu.

Dalam ucapannya, Ketua Menteri menyatakan bahawa pihaknya menerima maklum balas daripada pihak pentadbiran di kawasan itu yang menyatakan kawasan penjaja sedia ada sebelum ini perlu dinaiktaraf dan memerlukan segala kemudahan asas untuk peniaga.

Beliau menambah lagi , RM2.4 juta akan dibelanjakan bagi pembinaan pusat penjaja Kota Sentosa ini yang dijangka siap pada 14 Julai tahun depan.

Abang Johari juga berkata pelbagai bantuan telah diberikan dibawah kerajaan GPS termasuklah geran khas RM1500 untuk penjaja dan peniaga kecil, pengecualian bayaran sewa di Bantuan Khas Sarawakku Sayang.

Sumber dari : Sarawakku